Friday, January 29, 2016

22

Who knows, semalam baru dengar lagu fifteen nyanyian Taylor Swift. Hari ni you've figured out that you're already 22 and wow, time flies like a maserati.

29 January, is nothing but only a masihi date of my death reminder.
"You're getting older, Jannah. Death is yet, nearer............."
yes, there is always that kindof whisper, setiap kali tarikh ni diulang, again and again.

Sedih kan, andai umur masih meningkat, hubungan kita dengan Maha Pencipta masih on off on off.
nauzubillah. moga Allah pelihara hati yang mudah sangat berbolak balik.

Semakin hari, semakin kau terasa, banyaknya silap kau buat. either accidently or not. Kau sampai ke tahap tak kisah dah berapa orang nak benci diri kau, hanya sebab kau taknak berlakon. yalah, tak semua pasal kita baik baik je, ada je kelemahan yang takboleh di deny. I know that i've hurt people around me by not 'memahami' mereka dan gembirakan mereka atau show my 'so-called-right-attitude-towards-people'. hakikatnya aku dah letih layan semua jenis 'relationship goals' yang menunjukkan 'hey we're friends right?' maaf, aku harus fokus dengan diri sendiri yang semakin serabut ni. Fasa hidup aku seterusnya semakin mencabar bila dah nak masuk final semester ni, lepastu masuk alam pekerjaan, jaga hati parents, tingkatkan achievement diri & keep the faith. haah, cabaran paling hebat ialah KEEP THE FAITH IN ANY SITUATION.

Yang pasti, aku tak kisah dah berapa orang yang 'caring' untuk wish harijadi sebagaimana dulu zaman tengah pandai berangan. so don't worry if you forgot my birthday, asalkan korang doakan supaya aku kuat hadapi segala cabaran hidup. That's all.
But still, thanks to those who wished. Of course lah rasa dihargai kan bila orang ingat birthday kita walaupun takde facebook reminder, tu lumrah.

Keep on moving babe, be stronger than before. Achieve big goals before Allah ambil nyawa.



last year's achievement : photomanipulation




Saturday, January 23, 2016

Heart.

Sebut je "hati", kebanyakan orang mula memikirkan cinta. Asal cinta sahaja, mula fikirkan cinta antara dua insan berlainan jantina. mehhh! Lupakan yang itu. Aku nak elaborate sikit tentang, satu hati, menurut pandangan insan biasa seperti aku.


Bukan mudah, nak menjaga hati ni. lagi lagi pada zaman dimana kita "click" mouse saja, terpapar sesuatu yang menguji akal & minda untuk menundukkan nafsu. Nafsu. tahulah banyak mana. nafsu amarah, nafsu syahwat, nafsu merasakan diri lebih baik, nafsu berfikiran buruk dan banyak lagi. Dan biasanya jika tidak kuat iman di hati, mudahlah tunduk kepada nafsu-nafsu itu.

    Sesetengah orang sibuk jaga hati orang lain, sehingga dia lupa untuk jaga hati sendiri. Kawan ajak ke sana ke sini, turut je kesana kesini dengannya atas nama ingin jaga hatinya. Tetapi tertanya juga, kawan itu tak terfikirkah jika orang tersebut mempunyai hal yang lebih mustahak atau sedang lemah badan untuk bergerak? Ada saja yang ajak tanpa tanya dulu "awak okey ke ni teman saya?" Kalau orang itu jenis yang easy going & lebih mengutamakan kawan, Alhamdulillah. Tapi still, kita, tidak boleh terlalu self-centred. Seboleh mungkin kurangkan menyusahkan insan lain supaya dapat memudahkan uruan mereka. bukankah itu lebih mulia? tepuk dada tanya hati.

Hati. lebih susah sebenarnya menjaga hati sendiri berbanding hati kawan. Once ia hilang, bukan senang untuk cari balik. Sebab itu, sesetengah orang memilih untuk bersendirian pada waktu tertentu & tidak involve dengan orang sekeliling. Kerana mereka tahu keutamaan. Mana yang lebih mendatangkan mudarat jika tidak dijaga. hati dia atau, hati mereka?

Soal hati, masing-masing saja tahu. Kerana setiap orang ditakdirkan dengan ujian yang berbeza. Tak sama, tidak sama sekali. Segalanya ditentukan oleh tahap kesedaran masing-masing, sejauh mana mereka mengenali diri mereka dan kemahuan mereka yang sebenar-benarnya di dunia ini. Adakah mereka sedar jika hati mereka ditopengi "plastik" dengan hanya mengikut sekeliling tanpa menilai? Adakah mereka sudah cukup explore hati sendiri sehingga ke tunjangnya? Mereka saja tahu. Aku sahaja tahu aku punya.

Harus diingatkan, kita tidak boleh semudah-mudahnya menilai seseorang kerana kita hanya nampak dari luaran, dalamannya hanya dia tahu. Seseorang itu, semakin berani dia melakukan keputusan mengikut nalurinya sendiri tanpa memikirkan pengaruh sekeliling, semakin dia kenal dirinya, hatinya. Jauh sekali layaknya kita untuk merasa offended atau berburuk sangka andai, dia sendiri sudah tahu mengapa dia bertindak mengikut kehendak dia sendiri pada masa-masa tertentu.


Bukankah Allah Maha Adil & Maha Mengadili ?
Namun mengapa, kebanyakan yang dilihat di lama sosial, Facebook, Insta, Twitter, masing-masing mahu mencari aib masing-masing, menjadikan bahan lawak untuk kononnya melepaskan stress harian & memberi kepuasan hati tetapi pada hakikatnya..... lebih membakar api yang sedia terbakar? Atau lebih memburukkan keadaan?

Diam itu, lebih baik. jika kita tak punya kuasa untuk mengubah apa-apa. 

Bukan mudah untuk menjaga hati. Ada masa, hati itu akan merasa seronok melakukan ibadah. Ada masa, kita terlupa seketika, lalai sekejap, hati itu jadi seronok melakukan benda sia-sia sedangkan masa yang kita ada, tidaklah se'panjang' masa yang diberi kepada Nabi Adam a.s., dan mungkin lebih pendek dari Nabi Isa a.s. 


Sangat penting untuk kita tahu keadaan hati sendiri. Adakala memang kita tak sedar, hati secara sedikit demi sedikit, menjadi hitam. Fitrahnya hati inginkan kebaikan tetapi manusia sendiri mencemarkannya & membuatnya menjadi keliru, samada ingin ke arah kebaikan atau kejahatan ? Adakalanya hati itu memikirkan 

"Aku tak layak jadi baik, aku taknak hipokrit, lebih baik aku jadi orang yang berkelakuan buruk terus." 

Mudah. Selesai. Kerana akal sudah malas untuk berfikir. Letih katakan. Putus asa.

Tetapi sayang. 


Doa, satu- satunya harapan. Tapi harusnya ada usaha sebelumnya. 
Perasaan putus asa, tak termotivasi, rendah self-esteem tu normal untuk makhluk bernama manusia. Kerana disebelahnya sentiasa ada yang berbisik yang buruk-buruk. samada manusia lain ataupun iblis. 

Semua itu ujian untuk menguji daya kesabaran kita. 
Tetapi kita tak sedar pada sesetengah waktu. 

Kerana itu pentingnya peringatan dari sahabat-sahabat. Andai sahabat itu tak sudi mengingatkan maka, tidak hairan andai kita musnah. Hati manusia memang rapuh, oleh itu kita sendiri harus bijak untuk mengisi sisa-sisa masa dunia dengan siapa.

Ada saja kulihat, yang tahu dia sedang melakukan sesuatu yang memudaratkan hatinya, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya untuk berubah. Hatinya meronta-ronta meminta pertolongan dalam dia didakapi jahiliyah yang sukar untuk ditinggalkan. Bukan salahnya, andai dia sudah berusaha untuk berubah... cuma Ujian Allah sangat hebat terhadapnya, dan jika dia mampu melepasi ujian hebat itu, tidak hairan andai dia dapat menjadi insan yang lebih hebat dari kebanyakan insan yang diuji sederhana.


Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Imam al-Ghazali


Jangan putus asa. jangan sesekali. cuba untuk 'cari' kembali hati yang hilang itu. cari kembali, dengan pelbagai cara. Masih ada harapan selama mana kita diberi masa untuk hidup, tetapi mati tak kira usia. 

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. 
Tetapi jika tidak kau temui, 
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat. 
Jika tidak kau temui juga, 
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, 
maka berdoalah kepada Allah, 
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu 
kau tidak mempunyai hati!"

Nauzubillah. moga Allah jaga hati kita.