Sunday, January 29, 2012

he is irfan makki

Kembali kita ke segmen.....lagu! ahaha. 

aku nak bagitaw satu rahsia ni. sape nak taw? ngehee.
aku dah jatuh hati ngan suara IRFAN MAKKI . sedap sangat .. n menenangkan bila dia ingatkn kita tentang kehidupan sebagai seorang Islam :')

korang dengar tak lagu kat blog ni? sedap an. (sengih) well. his voice really memikat. subhanallah..
kalau korang nak tau, nama lagu ni Waiting For Your Call. ni pasal dia nak sangat pi haji.. hm. mesti best kalau dapat jejak kaki ke Tanah Suci. tak sabar .. tapi tunggu je masa yang sesuai. harap sempat, n harap masa tu Allah masih beri peluang untuk saya hidup.. insyaAllah.

mesti korang nak nyanyi gak kan lagu ni? ngehee. takpe, saya ada salin lirik kat sini. enjoy~ 


Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thinking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say


post ni dah lama. lagu telahpun ditukar. so kpda sesapa yg membaca, tima kaseh, anda boleh search lgu ni di youtube (sekiranya tidak tahu) sekian :j

hari ni aku maseh hidop!

orait . Nurul Jannah binti Abd Rahman is OFFICIALLY 18 years old. sudah semakin muda dan matang ! wahaa~~.

alhamdulillah. aku masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk hidup sampai 18 taon lamenye. masih bernafas, sihat walafiat, tanpa cacat anggota. BERSYUKUR . semua orang pun patot begitu. sentiasa bersyukur dengan apeape je yang derang ada. sebab Dia dah tentukan apa yang baek n apa yang tak baek untuk kita. rite ?


neway, hari ni bukan burffday aku yang sebenar. ahahaa, malu korang eh wish banyakbanyak kat fb nonn.. (kalau ikut kalendar islam lahh) ngeehee. aku lahir 17 SYAABAN lah weii. (ala, sape nak kesa mse tu) haa, lantak! asal aku gembira waktu tu sebab aku sorang je sambut . lalalaa~

the truth is, aku tak rase papepon hari ni. tak hepy, tak sedih. cam harihari bese tuh. cuma rasa dihargai cket la sebab ramai anta wish kat wallpost. (bhehehe) thanx korang ! btw, aku hepi pon pasal sseorang yang anta mesej kat fb tu . sape eh? biarla RAHSIA .  ^_^ adoi gedek ape...

coretcoret habis! wassalam . 

Thursday, January 19, 2012

Batas aurat antara saudara mara

Kepada sahabat-sahabat perempuan sekalian yang masih lagi keliru pasal hal ehwal aurat antara korang dengan saudara mara laki korang, contohnya BAPA SAUDARA dan SEPUPU LELAKI. korang wajib baca ni sebab aku tau ramai yang masih keliru pasal ni.

post ni diedit. maaf atas kesalahfahaman post yang sebelumnya. maka semudahnya korg tgok jelah gambar ni, senang cerita.



harapnya paham. segala yang musykil sekiranya ada ustaz ustazah baca silalah betulkan yee. syukran

Friday, January 13, 2012

'insyaAllah' disalahguna!

Kenapa orang suka sangat cakap insyaAllah? (ceh tanya2 ni mcm salah pulak....)

hakikatnya, zaman sekarang kalimah suci InsyaAllah tu selalu diguna untuk menunjukkan yang orang tu tak sure jadi ke tak apa benda yang dia cakap kat orang laen. tu salah ! lagi terok, orang guna InsyaAllah untuk mempersenda ajaran Islam, tak kisah la dia sedar atau tak. aku rase nak terajang je Black Eyed Peas yang guna kalimah tu dalam lagu 'someday' depa, dah la lagu tu burok liriknya... nauzubillah!

ma'asala sini, kalimah tu dah terbiasa diguna sebagai tanda TAK SURE. contohnya,

Jannah, kita pegi jalan sabtu nanti together-gether ye...tapi InsyaAllah la..sebab manetaw mase tu ade hal kerja.
hah! nampak tu. kan dah menyalahguna. dosa tak dosa aku taktau la. tapi surely, benda tu adalah salah.
dalam alQuran pon ade tulis penggunaan sebenar kalimah tu, yakni untuk tunjukkan yang kita janji betul2 nak buad something, dengan izin Allah. dat's why la, apa2 yang kita buat, n kalau kita pasti untuk melakukannya, WAJIB sebut InsyaAllah. kalau tak, kiranya kita ni overconfident la orangnya. woot.!

bytheway, kalau kat nonmuslim pulak, kalau taknak derang blur dengar kita sebut InsyaAllah, kita kene sebut SELEPAS cakap ngan derang..dalam bisikan pun takpe, asal ada insyaAllah.

konklusinya,

jangan salah guna kalimah InsyaAllah. tolong lah. (ahaha dah mcm merayu lakk)
yelah. memang betol pon. hari tu aku hilang keje mungkin sebab kalimah tu . InsyaAllah. aku yang betol2 yakin cakap kat boss tu pasal nak keje kat situ, bila dia dengar je aku sebut InsyaAllah, dianggapnya aku tak confirm nak keje kat situ. buktinya, bila aku datang keesokannya ke tempat keje, orang laen dah amik alih. KECEWA teramat. ingat nak jelaskan nape aku sebut InsyaAllah, tapi aku rase biar la. bukan rezeki kat situ lah kot. huhu. wateve lah. maleh nak tikam2 lidah. tawakal jeh, asal aku dah usaha.

dats all for now, thanx 4 reading :)

selamat beramal...!





Friday, January 6, 2012

saya ingin mencari makna hidup sebenar.

hidup itu....
bukan sekadar untuk gelak ketawa dan berhibur untuk mendapatkan rase happy.
hidup itu....
bukan cuma nak cari kawan ramai2 pastu tunjuk kat orang lain yang kita ada ramai kawan.
hidup itu....
bukan sekadar nak berhias cantik-cantik pastu letak kat fb tunjuk 'aku ni lawa la, korang xtaw keh??'
hidup itu....
bukan cuma nak berdrama depan orang laki tunjukkan ke'cute'an yang kita ada.
hidup itu....
bukan untuk mendengar lagu-lagu hits kpop & english yang seronok didengar tapi melalaikan.
hidup itu....
bukan hanya apabila kita mempunyai ramai peminat x kiralah di sekolah, tempat kerja atau dalam internet.
hidup itu...
bukan bermakna kita kene ade banyak duit untuk menunjukkan martabat kita tinggi di sisi manusia.
hidup itu juga....
tak bermakna kita memerlukan kawan di sisi kita setiap masa samada dia di sebelah, di henpon atau di rangkaian sosial mcm fb, twitter, skype,dll.


HIDUP YANG SEBENAR
adalah berlandaskan takwa dan redha Allah. sama-samalah kita renong, tenong, dan nikmati cara hidup yang sebenar di muka bumi ini sebelum terlambat.
segala yang kita lakukan mesti la ikhlas kerana Allah Taala.
sebenarnya masih ramai antara kita yang gelap hati, tula susah nak amalkan gaya hidup Islam yg sebenar
pintu taubat sentiasa terbukak luas untuk korang. sedar x tu?
jadi, apa lagi? jom lah berusaha nak betulkan niat dalam hidop!

sori kalu ade yang terasa. aku ni pon bukannya orang perfect. cuma nak share, harap kita semua sedar yang kita ni UMAT AKHIR ZAMAN.

renung-renungkanlah dan selamat beramal ! c:

Monday, January 2, 2012

kenal peribadi melalui tulisan (graphonology) -copypaste dari tn. haji fadzilah kamsah


ohoh! found something menarik! bende ni dah lame aku tau n kaji, just nak share sbb isinya simple n mudah difahami. tadaa~
Graphology=Kajian Grapho ertinya tulisan, Logy ertinya bidang ilmu. Jadi Graphology bermaksud Bidang Ilmu tentang Tulisan. Berikut kajian tentang tulisan yang dijalankan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Meh kita tengok..
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup… Amin