Tuesday, July 28, 2015

Redah.

Dalam hidup,
jika betul kau ingin berjuang untuk agama,
jika benar kau ingin ikuti jalan itu,
jalan yang penuh bengkang bengkok, ujian, dan ketidakselesaan,
teruskan.

jangan sesekali kau berani berjuang,
jika dalam hati masih mampu berburuk sangka kepada manusia dan Tuhan yang menciptaMu,
jika masih ragu-ragu apakah benar semua ini percaturan, aturan yang Dia telah tentukan sejak
lahirmu di atas muka bumi ini.

Semakin meningkat zaman, semakin tinggi ujian.
semakin banyaknya fitnah,
yang baik dilihatnya teruk.
yang teruk dilihatnya baik.

Terlalu banyaknya yang begitu,
tidak boleh disangkal lagi dengan akal yang jelas.

Kerana inilah hakikatnya,
hakikatnya mengapa kau wujud atas muka bumi,
sebagai ujian, bukan kenikmatan semata,
sedar atau tidak sedar terpulang kepada setiap insan,
sama ada untuk mencari dirinya sendiri atau
terus menerus menjadi seperti apa yang orang lain inginkan dia jadi.

sebut tentang 'perjuangan',
luaran mungkin mudah ditipu,
tetapi dalaman....tidak sekali-kali boleh ditipu.
perasaan itu nyata dan tidak boleh dielak.


Perjalanan hidup memang banyak kejutannya,
terpulang pada seseorang insan itu, untuk lari atau hadapi,
terima atau ketepikan
satu amanah yang telah lama disampaikan, sejak zaman berzaman.

Sampai satu masa, hati dan nurani tidak mampu lagi hadapi segala
seribu satu mehnah ujian dunia
hanya mampu lakukan satu perkara

REDAH dan PASRAH kepada Yang Maha Esa.