Monday, March 23, 2015

Naluri hati dan ujian.

Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Melainkan Allah.
Kita tak mampu melakukan apa-apa dengan Qada' dan QadarNya, melainkan usaha.

Semakin kita ingin dekat dengan Yang Maha Esa, semakin banyak ujian yang Dia kurnia.
Setiap kelebihan yang diberi, pasti ada kekurangan yang kita harus atasi.

Dan semakin kurang kita bertindak menurut emosi, sepatutnya.

Ada waktu, kita terasa nak buat sesuatu yang pelik. Sesuatu yang di luar jangkaan manusia-manusia sekeliling. Mungkin boleh menyakiti hati yang lain. Kita tahu tapi tetap nak buat, sebab kita nak jawab sendiri persoalan yang telah lama berhabuk dalam kotak fikiran.

"Leave Group"

"Exit Group"

Tak tahu kenapa, bagi dia itulah yang terbaik. Mungkin pada rakan-rakan satu group dengan dia, merasakan itu sesuatu yang "drama" atau saja membawa diri, tapi baginya, itu sesuatu yang dia harus lakukan.
Pada hakikatnya tiada apa masalah, dia hanya bertindak menurut naluri hati. Tanpa memikirkan apa-apa kepentingan kepada dirinya dan pihak lain. Hati dia yang ingin melakukannya.

Setelah beberapa ketika dia leave group, ternampak pula di muka teratas page facebuk. Seorang rakan  se group dengannya, post sesuatu tentang isu yang, mungkin, telah lama bertandang dalam group tercinta.

Sudah tentu bagi seorang yang baru saja leave group, merasakan itu adalah 'hadiah' buatnya.

Tambah pula, dapat tahu ada yang terasa hati di dalam group itu.

Dia telah lama agak segala kesan selepas tindakan itu. Memang tiap kali ada yang leave, tiap kali itulah ada yang akan terasa.Tambahan pula, jika group yang di leave itu adalah yang paling dia sayangi.

Tapi niat dia bukannya untuk melukakan atau buat mereka yang dicintai terasa. Bukan juga mahu menguji setakat mana kononnya mereka sayangkan dia.
Kerana dia tahu, semua itu buang masa.


Deep down dalam hati dia,
"Aku harus".

Hati tiap-tiap manusia, Allah yang gerakkan. Adakala, kadang-kadang memang kita tidak faham dengan  tindakan pelik yang dilakukan orang sekeliling, terutama sahabat kita. Kita risau, kita mahu tahu kenapa. Supaya boleh tolong keadaan. Sifat itu sudah cukup bagus. dan adakalanya memudaratkan.

"Jangan terlalu rigid, jangan terlalu syadid."

Tapi kita lupa. Bahawa semua itu ujian bagi kita.
Kita lupa, Doa itu senjata.
Kita mungkin juga lupa untuk memikirkan hikmah disebalik Yang Maha Perancang menentukan semua itu.

Dalam satu-satu persahabatan, husnuzon itu paling utama.
Jika kita masih mampu berprasangka dengan sahabat kita, cuba lihat balik kepada hati kita.