Saturday, December 27, 2014

Tak sedar atau Tak tahu.

Tengah tengah belajar subjek 'Islamic Worldview', tetiba terasa nak menaip di blog.
sebabnya, bila belajar subjek ni, aku terasa lain. 
Lain daripada masa aku tengah belajar subjek2 senibina.
Dia ada satu perasaan, betapa naifnya aku dalam hal agama. 
padahal belajar asas agama tu satu kewajipan buat kita. 
Cabarannya, subjek yang aku pelajari ni juga merangkumi hal hal agama yang sangat mendalam, yang memerlukan pemahaman yang sangat dalam.

Sebenarnya kadang kadang, terasa takut.
Sebab takut terbelajar benda yang tak betul. hanya mampu bergurukan internet dan slides semata bila dah memang masa tu takde guru untuk dirujuk.

Walaupun ada pendapat mengatakan tidak patut pelajar aliran lain (selain aliran agama) menelusuri dengan lebih mendalam tentang ilmu sebegini, tapi aku yakin,pasti ada hikmah. sikit2 dapat juga buka minda tentang perihal agama yang berlaku dalam dan luar Malaysia ni.

Nak belajar agama ni, katanya perlu rujuk guru yang memang pakar dalam bab agama. bukan celup celup dari internet semata. 

ada betul juga. agama bukan macam subjek design, boleh diambil dari sumber sukahati saja.

Dah berapa jam belajar, terasa nak menaip. 
tentang perasaan keliru yang semakin menusuk. membelenggu.
perasaan ni biasa berlaku bila kita terlampau berfikir. 
Dan sebenarnya banyak persoalan dalam kepala hotakku. dulu smpai sekarang, tak terjawab jawab dek kesibukan duniawi.
persoalan kehidupan.

Semakin nak tahu, semakin tak tahu.
semakin merasa diri bakara. 

Beberapa tahun lalu, aku tersedar sesuatu. 
ada persoalan yang kita boleh jawab, samada melalui pengalaman, pembelajaran, atau lagi satu, PERSOALAN YANG HARUS DIBIAR TAK TERJAWAB. 

contoh, pernah seketika ni aku pernah tertanya dalam diri.

"camne agaknya eh, Allah pilih satu satu manusia tu tentukan seorang ni sebagai Muslim. camne pulak yang bukan Muslim?" 

daripada persoalan tu, timbul lagi persoalan lain yang hanya aku dan Dia tahu. banyak. 
Satu hari, terjumpa pulak satu ayat ni....lupa ayat dia cmne..tapi dia tekankan, yang kita memang takkan boleh jawab semua persoalan dalam dunia ni, some must be left unanswered until the moment Allah let us to.

aku tak berapa dalam ilmu agama, hanya mampu pegang kata kata basic.
yang penting, yakin pada janji Allah. 
setiap perkara itu berlaku, ada hikmahnya. 
Allah Maha Adil. 
Setiap manusia diwujudkan atas muka bumi ni, diuji dengan lain lain cara setiap seorang.

Adakala jugak, kita taktahu atau tak sedar apa yang kita buat itu salah, bila memang tak sedar dibuai kemanisan dunia. 
Dan sepatutnya, bila ada kawan yang sedar perbuatan kita itu salah, wajib tegur. 
dengan cara yang berhikmah mengikut kesesuaian cara berfikirnya.
bukan terjah.

Moga, apa yang dipelajari mendapat lebih pencerahan walaupun selepas exam nanti..........