Monday, June 30, 2014

Paksakan ku tunduk sehingga mati.

"Jangan buang masa!"

begitulah kata hatiku. selalu terbisik yang begitu. hakikatnya aku memang seorang yang sangat pantang bab masa.. tap kekadang sebagai manusia biasa......futur. lupa. lupa akan tugas sebenar sehingga tergamak baring terlena atas katil berangan-angan tanpa berbuat apa apa!

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

kita tengah dalam yang mana satu.
susah? 
senang? 
dua dua ujian. dua dua akan dipersoal di akhirat.

pabila seorang hamba itu dalam kesusahan dia diuji samada dia futur atau tidak.
pabila seorang hamba itu dalam kesenangan, dia diuji samada dia bersyukur atau tidak.

dan apa yang kita sedang lakukan sekarang, masa tengah bernafas atas udara yang diberi percuma, di atas katil yang empuk, di hadapan rancangan variasi yang menyeronokkan?



tiap tiap kejadian Allah sedang ingin tunjukkan sesuatu.. tapi sukar untuk kita nampak.

kenapa? kerana hijab itu. kerana banyaknya dosa, semakin banyak dosa semakin hati tak tenang. nauzubillah. Allah Maha Pengasih... Dia akan tunjukkan bilamana iman kita rendah, ada sesuatu kejadian yang Dia ingin kita amik iktibar supaya kembali ke jalanNya....

Dia tahu, bila ada sebutir perasaan riak di hati... Dia akan cuba untuk memastikan kita tidak memiliki perasaan itu dengan memberikan segelintir petunjuk.  itu pun bila kita betul betul berdoa dan memikirkan tentang kebesaranNya..

cuba, cuba untuk mencari balik makna hidup sebagai seorang muslimah. atau muslim.
kita tak diciptakan untuk disiakan.
kita punya tugas untuk menyebarkan....
kebenaran.

dan bila dah sedar, tunduk. jangan sesekali merasa bangga kau mendapat rasa indahnya iman.

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

kak fynn jamal punya lirik, 'terbang tunduk'. 
pinjam kejap.

Friday, June 27, 2014

Tipula kalau aku takmahu jadi seperti itu.

Dikurniakan hidup yang serba ada, dalam keluarga yang agak sempurna. tiada kekurangan. hidup yang simple, diuji mungkin dari segi perasaan saja, kena tahan dengan beberapa karenah insan dalam rumah tangga dan sanak saudara. mempunyai kelebihan dalam berbicara perihal tentang agama, sentiasa disegani kerana kekayaan dari segi ilmu memberi nasihat dan motivasi serta kaya dengan budi.

Personaliti seperti itu, adalah yang sudah lama ku idamkan selama ni. tapi...? bagai langit dengan bumi. bagaimana harus kukecapi? haha. hmm susah nak jadi orang sebaik tu. susah. sebab aku pernah sebilik dengan seorang insan yang sangat sempurna sifatnya. mungkin ada sedikit kekurangan, biasalah manusia tak lepas. tapi, dia ni baik sangat sangat. satu dalam sejuta la katakan. semua yang baik-baik ada padanya. terima kasih Ya Allah at least Kau tunjukkan aku sesuatu yang amat berharga & tiada tandingannya supaya dapat kucontohi. sebab Kau sendiri tahu kondisi hati aku yang mudah naik dan turun. Maha Pengasihnya Engkau......Subhanallah.

ok habis drama. back to the topic.

Macam dalam tajuk, macam tu la aku rasa selama ni. takdelah selalu fikir, kekadang je terdetik. kebetulan bila harini terdetik, nak luah terus. aicewah. 

Aku dah lama impikan hidup camtu. hidup yang normal, pastu senang dapat sebarkan kebaikan. macam,, orang dah biasa dengan kebaikan yang kau ada, pastu senang je dia nak terima apa2 yang kau nasihat. camne ha nak describe..paham2 sendirilah. erk.

Aku jentik kepala sendiri. "JANGAN NAK BERMIMPILAH !" 

tapi aku sama skali tak salahkan takdir. memang jalan hidupku berbeza....dan mungkin unik? ha ha okey silakan gelak.

Anything happen, be grateful. walaupun kita ni takdelah sesempurna yang kita mahukan, tak la cantik anggun, menyerlah, sopan, penuh aura, and watsoever yang bagus2 tu... yang penting tak lari dari landasan agama. dan berdoalah selalu supaya tak tersasar dari mengingati mati. tu dah cukup.

Sekarang ni...bila dilihat balik dari sudut kacamata sendiri. aku rasa banyak benda yang tahpape berlaku dalam hidup. banyak liku untuk aku dapatkan sesuatu. tapi aku tak kisahpun kalau tak dapat apa yang aku nak...satu je aku takut...bila ada satu masa tu aku terasa jauh dari Dia... serius rasa serabut gila hidup. serba tak kena.

kita ni, manusia, memang cenderung sangat kan impikan bende yang takde. benda yang dah ada tu takmo pulak hargai? hmmm ni memang kekadang aku lupa la.. pastu bila dah sedar tu nyesal sendiri sebab tak reti nak bersyukur. teringat balik sedara mara kat tanah arab yang tengah dilanda berganda dogaan berbanding aku yang setitis je ! *tampar pipi lelaju*

Kesimpulannya,

- jangan cuba jadi macam orang lain. be urself, the good self of you. TRY !
- bersyukur dengan apa yang ada. jangan ngengade nak bende lain yang takkan penah jadi milik kau.
- improve diri sendiri. dah jatuh tu teruskan naik balik >______<

anyway, aku sentiasa impikan seperti petikan di atas tu. *lol skema* . 
orang yang terbaca ni. tak kisah la apa pandangan korang.. kalau sudi doakan.. terima kasih. :')

Monday, June 16, 2014

Perjuangan harus diteruskan.

Dah 4 bulan. 4 bulan yang dilalui dengan perkara baru yang membawa seribu satu mehnah dunia dan karenah duniawi.

Sejak masuk dunia perniagaan, banyak benda aku belajar. Deal dgn orang yang berlatarbelakangkan pelbagai, perancangan yang berturutan, ujian perasaan dan memacam lagi. 

Dan dalam 4 bulan tu jugak aku ambil masa untuk kaji apa yang aku sedang lakukan. selamatkah ia? benarkah kesahihan perniagaannya? menuntut syarakkah ia? Ya aku memang jenis yang mudah skeptikal dengan benda yang baru. Aku kena pastikan benda tu betul2 jelas dan difahami konsepnya, baru aku betul2 buat.

Satu hari, masa menghadirkan diri dalam sebuah persidangan bulanan (Affiliate Summit KL June) buat kali ketiganya....baru aku nampak. baru aku nak FAHAM BETULBETUL segala sesuatu tentang projek bisnes ni. 

Aku.....menyesal. sebab enggan percaya kata kata mereka yang dah pakar dalam dunia bisnes selama ni. mereka yang dah pernah alami jatuh naik kehidupan sebagai ahli perniagaan. mereka yang dah pernah merasai muflis beratus ribu ringgit pada masa lalu. 
mereka ikhlas menceritakan pengalaman hidup mereka dan berlapang tangan untuk membantu. 

aku?

terasa amat 'bakara' sekali. serius. semuanya kerana EGO dalam diri. sepatutnya dah lama aku boleh mara kehadapan seperti rakan2 sebaya yang lain.......



sekarang peluang yang datang sekali seumur hidup...semakin tertutup. aku terasa terlambat untuk bertindak. rugi. semua kerana ego. semua salah diri sendiri yang tak mahu menerima peluang besar dalam hidup pada peringkat awal. tapi aku takkan berputus asa. aku harus tebus kembali kejayaan yang sepatutnya aku dah genggam beberapa bulan yang lalu.

korang yang membaca ni pulak, bagaimana? peluang tu masih ada. terus terang aku nyatakan, PELUANG NI BETULBETUL TAK RUGI UNTUK KORANG AMIK TAHU . Amik tau je dah cukup. Memang tiap perniagaan ada modalnya. tak mengapa. tolak ketepi dulu. aku dulu mana pernah fikir berapa kena bayar. aku tengok potensi dia je dulu.

last but not least, jujur aku katakan. aku tak reti nak menipu. tak reti nak main ayat. aku tulis based on pengalaman dan sekali untuk sharing kat korang benda yang baik. terpulang la korang nak bersangka sangka ke, bukan aku rugi satu sen pun. 

kepada yang tengah mengalami masalah kewangan tu, yang tak suka hutang, dan dah terbuka hati sikit2 untuk tahu pasal projek ni, bolehlah wassep. yang penting, cuba untuk bersangka baik. zaman sekarang susah nak jumpa orang yang mudah untuk berlapang dada. :p

Aku percaya. Projek Mykad Smart Shopper ni ada potensi untuk memajukan umat Islam kat Malaysia dari segi perniagaan. Inshaa Allah. Hari ni, kita hanya mampu tengok post2 kat fb pasal saudara semuslim yang sedang menderita kat luar sana. tak mampu nak angkat senjata malah duit pun berapa byk je boleh sumbang? sekarang la masanya. Nak tengok atau nak turut serta dalam perjuangan ni? terpulang. :)



aku hanya harapkan orang lain tak ulangi kesilapan aku yang suka bertangguh.

sekian. 
#DuaMingguLagiNakRamadhan :D

rakan pemasaran sekarang dah cecah 8,000. untuk pengetahuan.