Wednesday, December 21, 2016

Kesyukuran & Kebersalahan.


Allah. aku kini, berada dalam sebuah bilik, mampu untuk melihat perkembangan kawan kawan
serta saudara maraku, termasuk di Syria.
Bagaimana mampu untuk aku tidur lena, sedangkan mereka di sana
kesejukan, ketakutan diburu musuh durjana?
Bagaimana mampu untuk aku makan berselera,
sedangkan mereka di sana hanya memakan rumput?
Bagaimana mampu aku tahan...bilamana hanya mampu berdoa dari kejauhan?
Allah, selamatkan mereka...
Selamatkan kami jua, dari kepura puraan kesenangan hidup duniawi.

Hari demi hari kulalui,
 semakin banyak berita kematian. 
Aku takut, bilamana... hatiku tidak terkesan.
 tidak merasa betapa dekatnya kematian itu sebenarnya!
Allah. hidupkan kembali, hati yang semakin ke arah kematian. 
Sungguh, Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billah. 
Kerana Engkau sahaja yang memegang hati-hati manusia.
Maka... hidupkanlah hati hati kami, agar ia tenang,
dan hanya mengharapkan redhaMu dalam setiap perkara,
Jauhi kami dari syirik kecil, apatah lagi syirik besar,
Yaa, muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'alaa diinik, wa'ala to'atiq.



Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.
Sungguhpun aku masih berumur 20an, tak mustahil 
esok saja sudah sampai ke 50an.
Wahai diri, selagimana, selama mana engkau diberikan peluang hidup, 
hiduplah sebaik baiknya.
carilah sesungguh identiti engkau sebagai melayu
sehingga ke akar umbi.
Tak usah mudah terpedaya dengan arus kehidupan yang terlalu 
membuatkan kau alpa akan misi sebenar kehidupan
Jauhi diri engkau dari
kelalaian. 

11.21 p.m.
Rabu.

#selfiereminder 
#nukilan21disember2016 


No comments: