Sunday, January 18, 2015

Pentas Dunia

Masih ingat, hadis itu.

Kehidupan di dunia yang bagaikan lautan luas.

Pernah tak kau bayang. kau sedang berada di atas lautan itu. Dan setiap fasa kehidupan, berubah ubah kenderaan yang dinaiki. Samada sampan, kapal, atau bahtera. atau lain lagi yang engkau tidak tahu. Setiap jenis kapal itu, ada orang yang selalu bersama kau, ada juga yang berlainan. Ada yang pernah bersama kau sekali saja, kemudian dia pergi ke kapal yang lain, dan semakin menjauh dari yang kau naiki. 

Suatu masa, angin ribut meniup kuat, ombak semakin mengganas, sehingga menyebabkan kau menjadi salah satu yang tercicir dari ruang kapal. kau tercampak ke dalam laut. 

Ada yang memerhati saja kau hampir lemas, ada yang mahu menolong dan sedang cari peralatan keselamatan. Ada juga yang sanggup terjun dan menyelamatkan engkau. 

Kau berjaya diselamatkan. Kau merasa sangat bersyukur dengan adanya manusia yang sanggup terjun dan selamatkan kau dari lemas. Sungguh, Alhamdulillah.. Namun setelah diselamatkan, kau terperhati masih ada insan lain yang terkapai kapai di dalam lautan meminta pertolongan. kau merasa kasihan, mahu menolong tetapi dalam keadaan diri yang masih pening dan penat, kau terpaksa biarkan.

Beberapa bulan berlalu. Semua di atas kapal selamat. tiada yang tercicir. Kau rasa amat bahagia dengan rakan rakan yang berjaya bertahan selama mana kau bertahan. Sama sama alami ukhuwah dan cinta.

Hari seterusnya, kau termenung ke lautan yang sungguh indah. Kau terlihat ikan ikan menari sana sini. Sebilangan batu karang  yang Mashaa Allah, cantiknya! Terpana. Namun malang tidak berbau. Tiada ribut, tiada petir, tiba tiba kau terasa mahu terjun sebentar untuk menikmati suasana indah lautan. Lagipun laut itu nampaknya cetek, tidak bahaya pun. kau teruskan masuk....sampai saat kau terasa tiada  sokongan di dasarnya. Kau panik. Dan terus ditarik graviti lautan. 

"Tolonggggg!" Kau jerit, mengharapkan orang yang sama untuk menyelamatkan kau. Kau terlupa, dia beralih ke kapal yang lain beberapa hari lepas. Kau pasrah, kerana tahu tiada siapa mampu menyelamatkan engkau. Engkau sudah letih mendayung dengan kaki. Lalu kau berdoa. "Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah dosa dosaku......" 

Hanyut. badan kau terasa berat dan terus tertarik ke dasar.

Buka mata, kau sedar sesuatu yang pelik. orang yang tak dikenali memandang kau seakan tak percaya. Lantas dia memeluk engkau dan mengatakan syukur, kerana engkau, sempat diselamatkan. Di atas bahtera baru itu juga, kau memulakan azam baru.

Untuk menjadi lebih kuat. 
Supaya dapat menyelamatkan diri sendiri, dan orang sekeliling.
Dengan berlatih cara berenang. sentiasa berhati hati dengan memakai peralatan keselamatan. 
Kerana kau tak mahu alaminya lagi. 
Kau tak mahu lemas lagi.

(´・_・`)

Aku percaya, bila baca cerita sebegini, memacam yang terbayang di minda setiap orang. Mesejnya mungkin sampai, mungkin tidak. Terpulang kepada si pemikir dengan cara pemikirannya. 

Satu hadis tu sebenarnya membuatkan aku terbayang semua ini. Lama dah terfikir situasi atas kapal ni tapi hati masih tak puas kerana tak dapat berikan gambaran keseluruhan melainkan dengan menulis. menaip. Membayang tidak cukup.

And yes, aku perlukan ini untuk bekalan. in case, terlalai. 

Apa yang nak disampaikan, kapal tu umpama phase of our life. ada kapal masa zaman sekolah rendah, masuk asrama, kolej. zaman pekerjaan. lautan tu pula, keindahan dunia. Ada masa, kita rasa nak terjun ke dalam lautan kerana terpikat dengan cantiknya batu karang warna warni, ikan bercariasi saiznya, gemerlapan sinarnya di lapisan biru turqois itu....teringinnya terjun! 

Sampai masa, kita betul betul terjun. tak sedarpun bahaya yang bakal ditempuh. kita tahu, lautan tu bisa mematikan kita. mematikan hati. dan bila hati mati, kita terus hanyut ke dalam...hingga ke tahap kita tak sedar, ada jerung yang lapar. jerung yang dipandu oleh manusia jahat, manusia yang suka ambil kesempatan terhadap orang yang hatinya mati. manusia yang tamak. 

Dalam lautan dunia yang banyak ancaman. jika kita hanyut lemas ke dalamnya, hanya Allah saja mampu tolong. samada Dia membawa badan kita ke pulau rahmat, atau mengirim manusia skuba yang mempunyai iman tahap tinggi kepadaNya.

Persoalannya, manusia mana kita mahu jadi? 

Credit to: ChisanaJihad
              

A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, atau yang banyak lagi tak termasuk di dalam lukisan?


Kalau nak dijelaskan setiap satu jenis manusia dalam lukisan ni, memang panjang. 
sebab itu hanya mampu melukis, sekadar memudahkan kita untuk memahami, apa itu DUNIA. 

Berada di atas kapal? Alhamdulillah.
Tapi jangan lupa untuk selamatkan yang di dalam lautan semampu engkau.

Berada di dalam lautan? Nauzubillah.
Cuba sekuat mungkin, untuk minta pertolongan Allah. Rahmat Allah sangat luas.

#SelfieReminder
ingatkan aku, kalau aku lupa, bahawa,
Dunia Umpama Lautan yang Luas.


p.s. : kalau perlukan penjelasan lebih mendalam tentang manusia-manusia alphabet tu, jom kita bersemuka.



No comments: