Friday, September 4, 2015

Dalam Perjalanan Ini.

Beberapa hari lagi, akan bermula lah sem baru. Akan bermula lah final year, di mana, semakin hampir aku ke fasa hidup seterusnya. 

Perasaannya berdebar, penuh tidak sabar, dan juga tak pasti.
Ya, semakin tak pasti apa akan berlaku seterusnya. Jalan mana bakal aku tempuh?

Bila hampir ke tahun terakhir, baru aku terasa betul, yang sebenar-benarnya,

"Masa takkan tunggu sesiapa. Ia akan berlalu dan terus berlalu pergi tanpa kita sedari."

Maka rugilah jika kita abaikan ia. Rugilah jika kita hanya mampu termenung dan tidak berbuat apa apa. Allah dah ingatkan kita, 

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian..."

Di KAED Gallery, masa tu aku sangat kagum melihat hasil usaha senior architecture di U. 

"Apa perasaan akak ehk, dah nak habis ni?"

"Emm. Taktaula, bese je kot. Jangan risau, Benda ni takes turn. Dulu kitorang pun struggle MultiDip cam korang, next korang pulak Heritage Studies ni. Sekejap je." 

.

Dan aku yang no feeling ni pula. Entah napa, Perasaan tu tiba2 datang. Nervous. Tak tahu pula kalau benda ni normal bagi kawan kawan seperjuangan yang lain. Dalam masa sama, teringat pula betapa banyak, pahit manis masam kelat aku rasa, sepanjang dalam World of Architecture Student. Setiap tahun ada ujian yang berbeza. Nak diklasifikasikan dalam Movie Bersiri pun boleh.

Tapi aku sentiasa percaya bahawa


Ha ah. Ayat yang ditampal di bilik. Salah satunya. Untuk ingatkan kembali kenapa aku berada di sini, Kenapa aku harus teruskan dan habiskan perjuangan dalam bidang yang agak 'tough' bagi perempuan seperti aku.


Setiap satu perkara terjadi, bukan satu saja hikmahnya. Banyak, jika kita buka fikiran dan redha dengan apa jua cabaran yang Allah beri. Dah tentu, jalan setiap orang yang berbeza tu, mengajar seseorang itu untuk lebih kuat. Sesuai ikut kemampuan seseorang itu. 

Kerana Allah takkan pernah uji seseorang lebih dari kemampuannya. 

Kadangkala, ada pengalaman pahit yang membutuhkan keyakinan kita. Bila diingat kembali, boleh membuatkan tangan menggeletar kerana ada perasaan takut tak tentu fasal menyelubungi. 

Tapi, kita ada pilihan. 
Untuk menjadikan 'ketakutan tak tentu fasal' tu sebagai 
Perisai
atau
Pedang.

Kita pilih.




Tuesday, July 28, 2015

Redah.

Dalam hidup,
jika betul kau ingin berjuang untuk agama,
jika benar kau ingin ikuti jalan itu,
jalan yang penuh bengkang bengkok, ujian, dan ketidakselesaan,
teruskan.

jangan sesekali kau berani berjuang,
jika dalam hati masih mampu berburuk sangka kepada manusia dan Tuhan yang menciptaMu,
jika masih ragu-ragu apakah benar semua ini percaturan, aturan yang Dia telah tentukan sejak
lahirmu di atas muka bumi ini.

Semakin meningkat zaman, semakin tinggi ujian.
semakin banyaknya fitnah,
yang baik dilihatnya teruk.
yang teruk dilihatnya baik.

Terlalu banyaknya yang begitu,
tidak boleh disangkal lagi dengan akal yang jelas.

Kerana inilah hakikatnya,
hakikatnya mengapa kau wujud atas muka bumi,
sebagai ujian, bukan kenikmatan semata,
sedar atau tidak sedar terpulang kepada setiap insan,
sama ada untuk mencari dirinya sendiri atau
terus menerus menjadi seperti apa yang orang lain inginkan dia jadi.

sebut tentang 'perjuangan',
luaran mungkin mudah ditipu,
tetapi dalaman....tidak sekali-kali boleh ditipu.
perasaan itu nyata dan tidak boleh dielak.


Perjalanan hidup memang banyak kejutannya,
terpulang pada seseorang insan itu, untuk lari atau hadapi,
terima atau ketepikan
satu amanah yang telah lama disampaikan, sejak zaman berzaman.

Sampai satu masa, hati dan nurani tidak mampu lagi hadapi segala
seribu satu mehnah ujian dunia
hanya mampu lakukan satu perkara

REDAH dan PASRAH kepada Yang Maha Esa.

Monday, June 15, 2015

Cukup pelek dengan sesetengah pihak yang memandang rendah terhadap bidang yang 'so-called-less-recognized' seperti bidang bahasa, seni (sajak, lukisan, muzik), psikologi dan sebagainya. pihak ini merasakan bahawa 'belajar tinggi-tinggi' seperti bidang engineer, medik, pharmacy, etc., adalah HAIBAT di mata manusia malah mendapat sambutan yang WOW.

Hakikinya, ilmu dalam dunia ni sangatlah luas.
setiap satu daripadanya amatlah penting.

ilmu psychology mungkin untuk 'smooth' kan perhubungan manusia yang banyak ragam,
ilmu muzik mungkin boleh bantu individu capai self-actualization,
engineering mungkin boleh bantu kita explore sendiri kemahiran dalam membaiki segala jenis alatan.
and so on when eventually, semuanya berkaitan dan bersambung to each other.


Persoalannya perlukah kita 'stranded'kan otak kita dengan belajar HANYA apa yang masuk dalam syllibus pelajaran sekolah/universiti, dan merasakan SELAIN daripadanya tak ada kaitan dengan kita?

"Ala, aku amik course rkitek, watpe nak kene belajar Islamic worldview sesusah ni??"
Contoh.

cukup cliche bukan ungkapan seumpama ini.

THE POINT IS,

tak kiralah kita ditakdirkan untuk study dalam bidang apapun,
try to appreciate
everything around us and
everyone around us.
See the world with bird-eye view.

kita hidup di dunia bukan seorang.


Monday, March 23, 2015

Naluri hati dan ujian.

Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Melainkan Allah.
Kita tak mampu melakukan apa-apa dengan Qada' dan QadarNya, melainkan usaha.

Semakin kita ingin dekat dengan Yang Maha Esa, semakin banyak ujian yang Dia kurnia.
Setiap kelebihan yang diberi, pasti ada kekurangan yang kita harus atasi.

Dan semakin kurang kita bertindak menurut emosi, sepatutnya.

Ada waktu, kita terasa nak buat sesuatu yang pelik. Sesuatu yang di luar jangkaan manusia-manusia sekeliling. Mungkin boleh menyakiti hati yang lain. Kita tahu tapi tetap nak buat, sebab kita nak jawab sendiri persoalan yang telah lama berhabuk dalam kotak fikiran.

"Leave Group"

"Exit Group"

Tak tahu kenapa, bagi dia itulah yang terbaik. Mungkin pada rakan-rakan satu group dengan dia, merasakan itu sesuatu yang "drama" atau saja membawa diri, tapi baginya, itu sesuatu yang dia harus lakukan.
Pada hakikatnya tiada apa masalah, dia hanya bertindak menurut naluri hati. Tanpa memikirkan apa-apa kepentingan kepada dirinya dan pihak lain. Hati dia yang ingin melakukannya.

Setelah beberapa ketika dia leave group, ternampak pula di muka teratas page facebuk. Seorang rakan  se group dengannya, post sesuatu tentang isu yang, mungkin, telah lama bertandang dalam group tercinta.

Sudah tentu bagi seorang yang baru saja leave group, merasakan itu adalah 'hadiah' buatnya.

Tambah pula, dapat tahu ada yang terasa hati di dalam group itu.

Dia telah lama agak segala kesan selepas tindakan itu. Memang tiap kali ada yang leave, tiap kali itulah ada yang akan terasa.Tambahan pula, jika group yang di leave itu adalah yang paling dia sayangi.

Tapi niat dia bukannya untuk melukakan atau buat mereka yang dicintai terasa. Bukan juga mahu menguji setakat mana kononnya mereka sayangkan dia.
Kerana dia tahu, semua itu buang masa.


Deep down dalam hati dia,
"Aku harus".

Hati tiap-tiap manusia, Allah yang gerakkan. Adakala, kadang-kadang memang kita tidak faham dengan  tindakan pelik yang dilakukan orang sekeliling, terutama sahabat kita. Kita risau, kita mahu tahu kenapa. Supaya boleh tolong keadaan. Sifat itu sudah cukup bagus. dan adakalanya memudaratkan.

"Jangan terlalu rigid, jangan terlalu syadid."

Tapi kita lupa. Bahawa semua itu ujian bagi kita.
Kita lupa, Doa itu senjata.
Kita mungkin juga lupa untuk memikirkan hikmah disebalik Yang Maha Perancang menentukan semua itu.

Dalam satu-satu persahabatan, husnuzon itu paling utama.
Jika kita masih mampu berprasangka dengan sahabat kita, cuba lihat balik kepada hati kita.

Wednesday, January 21, 2015

Yakin tapi goyah.

Agaknya berapa tinggi level of confidence dalam diri?

Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Kadang kita rasa happy go lucky, everything's gonna be fine and kadang kita rasa serba kurang, kecik dan tak berdaya. 
Biasanya begitu. Manusia hatinya memang mudah berbolak balik.

Tapi, pernah tak rasa it's a waste of time bila kita kurang yakin dengan diri sendiri? Terlalu merendah diri? Yelah, buang masa je nak fikir apa orang fikir pasal kita, buang masa je fikir benda yang tak pernah wujud pun. Buang masa sungguh fikir benda benda negatif ni !

Kita, ciptaan Allah yang paling unik. Sebagai manusia... Apa2 je yang difikirkan otak, tu yang akan terjadi pada seluruh anggota. No wonder wujudnya perkataan MasterMind tu. Master + Mind . ehh. 

Tapi pelik, kenapa kita tak sedar? Kenapa kita tak yakin dengan apa yang Tuhan dah beri? Masih merasa 'alaa aku bese bese je, aku tak boleh laaa nak buat tu buat ni' sedangkan Allah dah bagi lengkap semua benda (otak yang masih berfungsi normal, tangan yang ligat, kaki yang tough, etc). Malu pula bila terlihat golongan kelainan upaya yang lebih up level confident and bakat mereka banding kita.

Mungkin sekarang masanya untuk kita perbaiki dan perbaharui niat? Jommmm. 
yang penting, usaha. nak usaha, harus rajin kan? 

#SelfieReminder

             


Sunday, January 18, 2015

Pentas Dunia

Masih ingat, hadis itu.

Kehidupan di dunia yang bagaikan lautan luas.

Pernah tak kau bayang. kau sedang berada di atas lautan itu. Dan setiap fasa kehidupan, berubah ubah kenderaan yang dinaiki. Samada sampan, kapal, atau bahtera. atau lain lagi yang engkau tidak tahu. Setiap jenis kapal itu, ada orang yang selalu bersama kau, ada juga yang berlainan. Ada yang pernah bersama kau sekali saja, kemudian dia pergi ke kapal yang lain, dan semakin menjauh dari yang kau naiki. 

Suatu masa, angin ribut meniup kuat, ombak semakin mengganas, sehingga menyebabkan kau menjadi salah satu yang tercicir dari ruang kapal. kau tercampak ke dalam laut. 

Ada yang memerhati saja kau hampir lemas, ada yang mahu menolong dan sedang cari peralatan keselamatan. Ada juga yang sanggup terjun dan menyelamatkan engkau. 

Kau berjaya diselamatkan. Kau merasa sangat bersyukur dengan adanya manusia yang sanggup terjun dan selamatkan kau dari lemas. Sungguh, Alhamdulillah.. Namun setelah diselamatkan, kau terperhati masih ada insan lain yang terkapai kapai di dalam lautan meminta pertolongan. kau merasa kasihan, mahu menolong tetapi dalam keadaan diri yang masih pening dan penat, kau terpaksa biarkan.

Beberapa bulan berlalu. Semua di atas kapal selamat. tiada yang tercicir. Kau rasa amat bahagia dengan rakan rakan yang berjaya bertahan selama mana kau bertahan. Sama sama alami ukhuwah dan cinta.

Hari seterusnya, kau termenung ke lautan yang sungguh indah. Kau terlihat ikan ikan menari sana sini. Sebilangan batu karang  yang Mashaa Allah, cantiknya! Terpana. Namun malang tidak berbau. Tiada ribut, tiada petir, tiba tiba kau terasa mahu terjun sebentar untuk menikmati suasana indah lautan. Lagipun laut itu nampaknya cetek, tidak bahaya pun. kau teruskan masuk....sampai saat kau terasa tiada  sokongan di dasarnya. Kau panik. Dan terus ditarik graviti lautan. 

"Tolonggggg!" Kau jerit, mengharapkan orang yang sama untuk menyelamatkan kau. Kau terlupa, dia beralih ke kapal yang lain beberapa hari lepas. Kau pasrah, kerana tahu tiada siapa mampu menyelamatkan engkau. Engkau sudah letih mendayung dengan kaki. Lalu kau berdoa. "Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah dosa dosaku......" 

Hanyut. badan kau terasa berat dan terus tertarik ke dasar.

Buka mata, kau sedar sesuatu yang pelik. orang yang tak dikenali memandang kau seakan tak percaya. Lantas dia memeluk engkau dan mengatakan syukur, kerana engkau, sempat diselamatkan. Di atas bahtera baru itu juga, kau memulakan azam baru.

Untuk menjadi lebih kuat. 
Supaya dapat menyelamatkan diri sendiri, dan orang sekeliling.
Dengan berlatih cara berenang. sentiasa berhati hati dengan memakai peralatan keselamatan. 
Kerana kau tak mahu alaminya lagi. 
Kau tak mahu lemas lagi.

(´・_・`)

Aku percaya, bila baca cerita sebegini, memacam yang terbayang di minda setiap orang. Mesejnya mungkin sampai, mungkin tidak. Terpulang kepada si pemikir dengan cara pemikirannya. 

Satu hadis tu sebenarnya membuatkan aku terbayang semua ini. Lama dah terfikir situasi atas kapal ni tapi hati masih tak puas kerana tak dapat berikan gambaran keseluruhan melainkan dengan menulis. menaip. Membayang tidak cukup.

And yes, aku perlukan ini untuk bekalan. in case, terlalai. 

Apa yang nak disampaikan, kapal tu umpama phase of our life. ada kapal masa zaman sekolah rendah, masuk asrama, kolej. zaman pekerjaan. lautan tu pula, keindahan dunia. Ada masa, kita rasa nak terjun ke dalam lautan kerana terpikat dengan cantiknya batu karang warna warni, ikan bercariasi saiznya, gemerlapan sinarnya di lapisan biru turqois itu....teringinnya terjun! 

Sampai masa, kita betul betul terjun. tak sedarpun bahaya yang bakal ditempuh. kita tahu, lautan tu bisa mematikan kita. mematikan hati. dan bila hati mati, kita terus hanyut ke dalam...hingga ke tahap kita tak sedar, ada jerung yang lapar. jerung yang dipandu oleh manusia jahat, manusia yang suka ambil kesempatan terhadap orang yang hatinya mati. manusia yang tamak. 

Dalam lautan dunia yang banyak ancaman. jika kita hanyut lemas ke dalamnya, hanya Allah saja mampu tolong. samada Dia membawa badan kita ke pulau rahmat, atau mengirim manusia skuba yang mempunyai iman tahap tinggi kepadaNya.

Persoalannya, manusia mana kita mahu jadi? 

Credit to: ChisanaJihad
              

A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, atau yang banyak lagi tak termasuk di dalam lukisan?


Kalau nak dijelaskan setiap satu jenis manusia dalam lukisan ni, memang panjang. 
sebab itu hanya mampu melukis, sekadar memudahkan kita untuk memahami, apa itu DUNIA. 

Berada di atas kapal? Alhamdulillah.
Tapi jangan lupa untuk selamatkan yang di dalam lautan semampu engkau.

Berada di dalam lautan? Nauzubillah.
Cuba sekuat mungkin, untuk minta pertolongan Allah. Rahmat Allah sangat luas.

#SelfieReminder
ingatkan aku, kalau aku lupa, bahawa,
Dunia Umpama Lautan yang Luas.


p.s. : kalau perlukan penjelasan lebih mendalam tentang manusia-manusia alphabet tu, jom kita bersemuka.



Tuesday, January 13, 2015

Tempoh Pencarian Diri.

Pernah hadir ke suatu Talk yang disampaikan oleh ayahanda kepada seorang Pemuda Contoh terbaik di Malaysia, Ammar. Waktu tu memang gembar gembur pasal Kematian yang Menghidupkan. Tentang perginya seorang remaja 21 tahun (tahun lepas) di Turki atas kemalangan jalan raya. Nak cerita pasal Allahyarham ni memang panjang, kalau nak tahu lebih lanjut boleh search atau beli buku pemuda lagenda ni.

Dan aku nak fokuskan satu ayat yang disampaikan oleh ayahandanya,

"Seseorang anak remaja itu, mula mencari identiti dirinya semasa dia mencecah umur 16 tahun.."

Tak ingat lagi ayat dia macam mana, tapi aku ingat, yang katanya dia dan isterinya membesarkan Allahyarham dengan cara biasa saja, dah masuk 16 tahun beliau adakan 'serious talk' dengan anaknya itu tentang keputusan yang bakal dilakukan selepas habis pmr. Samada untuk masuk asrama atau tidak, salah satunya.

Tak tahu la betul ke tak info yang disampaikan, tapi bila baca sebaris ayat ni, aku terasa "eh betul jugak", bila tengok kebanyakan perubahan yang berlaku kat diri kawan-kawan yang lain, pada umur tu. kira masa tulah nak stabilkan pemikiran, masa tulah fasa nak kenal dengan lebih mendalam tentang diri dan pilih kawan yang terasa sebetulnya untuk kita. 

Bagi aku yang dulunya dan mungkin juga sekarang, sebagai seorang yang introvert. 

Apa tu introvert? Orang yang suka cakap dengan diri sendiri banding dengan orang lain. He or she, is usually a careful thinker. Seboleh mungkin, introverter cuba elak dari bercakap benda yang boleh mencalarkan hati orang lain atau yang bisa memalukan diri sendiri. 

Itu mungkin, kelebihan? Dan kekurangannya ialah takut untuk bercakap di hadapan orang ramai. Stagefright. Dan biasanya kalau berada dalam satu kumpulan, introverter jarang menonjolkan diri sebab lebih selesa menyaksikan banding menurut serta. ehh.

Aku dapat tahu yang aku salah satu daripadanya, ketika Form 2 (ke tak silap). And i'm so glad that i finally can well define myself, wlaupun hanya sedikit. Alhamdulillah, Start tu, aku mula usaha untuk mengenali diri dengan lebih mendalam, cuba gunakan apa saja kekuatan yang Allah beri, dan cuba atasi kekurangan diri, sedikit demi sedikit. 

Proses ni tak mudah. it took times utk snap out diri dari benda yang 'kita-tak-tahu-pun-salah'. Atau benda yang 'eh-tak-matangnya-aku-dulu'. Serba sedikit ada kaitan juga dengan cara parents kita ajar kita tentang kehidupan. Cara layanan, bahan yang disediakan (buku, lagu, drama yang ditonton), persekitaran. Pendek kata, how your parents grow, that's how you grow up with. 

That's why,  dah nak 16 tahun tu, memang careful attention tu perlu, untuk menentukan siapa kita akan jadi masa besar nanti. 

Banyak kebingungan berlaku waktu sekolah dulu. Banyak persoalan dalam fikiran. Aku memang suka berfikir, sampai ke tahap overthinking. Aku tak faham juga, bagaimana orang lain boleh pandang aku, kebanyakan komen mereka berbunyi begini "kau ni tenang je, steady je Jannah." Hakikatnya dalaman aku, Allah saja tahu. tak seperti di luar, tak sama sekali.

Itu dulu.

Sekarang sedang dalam improvement dan re-improvement. masih banyak perlu diperbaiki. 

Dan sebenarnya eksplorasi diri adalah sesuatu yang penting, kerana kita tak mahu bazir masa hanya dengan menjadi orang lain. 

"It's easy to become other people, but it's hard to become yourself." -Dr. Manzoor Malik


Percayalah, kalau kau terasa serba tak kena, kalau kau pernah tanya diri kau 'kenapa perlu begini, sedangkan aku....' tapi kau teruskan juga dengan situasi yang serba tidak kena tu, maksudnya kau sedang 'menjadi orang lain.' Itulah situasi yang aku tak suka. Paling tak suka. 

                    

Ada juga situasi di mana, kita berlawan dengan diri sendiri. situasi ni berlaku 99% of the times. Masa ni kita memang perlu bijak untuk memilih antara, positif atau negatif. Jawapannya ialah bila kita banyak tertumpu kat salah satu pilihan tu. 

The more we grow, the more we learn about ourselves, the more we learn from others.
Lebih mudah untuk jujur kepada diri sendiri, sepatutnya.

Dan tempoh pencarian diri takkan pernah berakhir.