Tuesday, November 4, 2014

Experience as a Single Person

Macam takde tajuk lain pulakdah kan. sebenarnya tiba tiba rasa nak menaip dalam blog ni, kembalikan hobi zaman lepas spm. Dan tiba tiba terlintas untuk kupas tajuk ni. Dan sebenarnya target post ni ialah untuk adik adik yang sedang belajar di sekolah rendah, menengah dan spm especially, hehe! tanak baca pun takpe.

So here it goes, le timeline.

Bermulanya masuk Tahun 1 kat SK Bukit Pantai KL, aku dah mula belajar apa itu chenta pandang pertama. acecehh! Dulu orang paling fes aku minat, classmate sendiri. bila tengok muka dia, terdetik dalam hati "amboi hensemnya macam pelakon Hindustan hoi!" mentang mentang dulu galak sangat nonton movie hindustan. 

dan semakin meningkat umur, normal la kan, crush sana crush sini. sejujurnya aku jenis yang mudah terpikat bila nampak laki hengsem. ITU DULU. dan bila berada dekat dekat mereka ni buatkan hati berdebaq tak terkata, terasa Kuch kuch hotak heyy di situ.

masa di sekolah menengah berasrama penoh, cam biasa jugak. aku punya darah remaja yang mudah cemburu bila nampak kawan lain ada peminat, ada pakwe bagai. pastu terfikir sejenak, "aku ni bila lah nak ada..."

tak pasal pasal TER ada pulak. it starts when i was in Form 2. tapi takat hantar surat layang jelah, hahaha. nasib i ni jenis yang tak cakap sangat dengan kaum adam. pemalu bakhiang zaman sekolah dulu. Tapi menjadi seorang yang pemalu itu jugak adalah satu kesyukuran bagiku. Alhamdulillah..

Zaman kekanak dulu, mana ada watsapp beetalk meow wechat. 
dulu agensi jodoh ada kat Friendster & Yahoo messenger aje. haha.

masuk form 4, orang lain pulak. siap main gitar nyanyi lagu chenta depan aku kat kelas. 
masa tu serious malu gila tahap cerek nak meletop. sebab yang nyanyi tu bukan dia sorang je, satu kelas nyanyi. ayuwawawa sweet mueet gitoh.

pastu pindah sekolah di sekolah asrama yg baru, dengar dengar dari kawan "hey dia minat kaulah, untunglahhh" "fuyo ada peminat." disusuli dengan mesej beberapa orang kaum adam. dulu zaman tak berapa nak selami sangat bab agama, main layan jelah.

Lastly masuk uia, dimana hati dan perasaan kita amat diuji dengan bab perkahwinan. kahwin usia muda, kahwin gantung, kahwin masa belajar. disebabkan kurang kematangan masa tu, memang esaited lah bincang tang kawen ni walaupun takde crush. 

itu secara ringkasnya kisah perchentaan aku sejak kecik.
sebagai manusia biasa, aku memang tak boleh elak daripada perasaan ingin berpunya.
tapi, sekarang, aku dah malas nak fikir.
serius malas.
sebab apa? aku sendiri pun tak pasti.

Kerana bila kita belajar untuk memikirkan perkara besar, kita dah tak lalu nak memikirkan perkara kecil yang sia sia dan buang masa.

Bila dah sampai ke tahap kau sedar, benda couple dating angan angan kosong tu semua buang masa dan tenaga, baru kau terasa menyesalnya benda tu terjadi. kan lebih baik masa masa dulu tu diisi dengan hafal alquran, belajar benda baru yang unik dan discover kemahiran diri atau improve communication skills. SQ EQ itu sangat penting ye zaman globalisasi ni adik adik.

last last, kau akan mula fahami, lelaki ni nak berpickup line & berbunga ayat, hanya untuk main main. untuk rasa seronok, pada hakikatnya, mereka tak serius. langsung. apa kita dapat? murka Tuhan. nauzubillah.
kau nampak 'chenta yang ikhlas', namun yang sebenar benarnya, semuanya nafsu belaka. cinta yang setulus hanya satu, bila dia tak sanggup biarkan kau bergelumang dosa maksiat. dan kalau dia benar benar serius, satu langkah mulia dia akan buat; minta kebenaran parents anak dara tersebut untuk jalan NIKAH.

namun,  kita tak boleh salahkan takdir.

Allah punya kuasa untuk beri hidayah bila mana Dia mahu memberi.

camne nak capai hidayah tu pun ada cara dan usaha.
bukan tunggu aje.
kena banyak luangkan masa membaca buku agama, dengar ceramah agama kat tv atau radio.
pegi youtube, tgok ceramah habib ali,
atau Prof Dr Muhaya
atau Mr The All shared
dan seangkatan dengannya.
entah, tiap org berbeza caranya. yg penting bukan tunggu.

Akhirnya, semoga kita dapat pelihara hati dari yang sia sia.
aku faham, ada yang masih bercouple, tapi deep down dalam hati dia, ada perasaan bersalah dan berdosa, ingin berubah tapi kurang tercapai.

takpe. teruskan niat untuk berubah wahai adikku sayang.
kalau kita niat yang baik baik, inshaa Allah yang baik baik tu akan datang dengan sendirinya.
memang dalam dunia ni banyak dugaan, fitnah, dan cabaran.
tapi dengan perasaan dan punya pemikiran bahawa Allah bersama kita, akan lebih mudah utk kita jauh daripada semua benda yang tak diingini.
apa yang penting,
ketenangan jiwa.

ketenangan yang hanya akan dapat bila kita mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

jangan risau bab jodoh, risaulah kalau Allah murka dengan perbuatan kita.
dan pernah tak dengar pepatah ni, "orang yang mempermain mainkan perasaan orang lain ni biasanya susah nak dapat jodoh." lagipun, kalau kau fokus kat akhirat, bukankah Allah telah berjanji untuk berikan kau dunia? sama juga maksudnya dengan pepatah, kejar rama-rama, dia akan lari. tak kejar, dia akan ikut sendiri. tapi kalau niat nak fokus kat akhirat sebab dunia, boleh lain jadinya.

tak pasti ni hadis ke atau kata orang tua.


yang pasti, FOKUS APA YANG PERLU.

sekadar perkongsian, semoga kita semua dapat memperbaiki diri. kerana smua manusia tak sempurna, termasuk aku.

Walau bisa menaip segala apa di atas kanvas digital ni, aku pun seorang insan yang sentiasa diuji. bila hidup sibuk dengan projek, assignment, bisnes dan program, jarang sekali ada kawan yang mahu menegur andai diri terbuat sesuatu kesalahan, bukan salah mereka, kerana mereka pun sibuk. maka aku sendiri harus menegur diri sendiri tak kira apa cara sekalipun even terasa kurang di situ.

bak kata enche afghan, Jodoh Pasti Bertemu.
aicewah kbai nak ke studio ke kita.

2 comments:

LKA said...

Uuuu..ada peminat rupanya...baru tau..

n.jannah said...

jgn nak mencarut sini LKA -.-