Sunday, August 3, 2014

"Korang tak penah merasa susah."

Terdetik pulak kan nak ulas topik ni. Sebab sebenarnya dah lama petikan di atas didengari, selalu, dan ada satu perasaan kebersalahan bila mendengarnya. Dan biasanya individu yang menyampaikan adalah orang2 yang dihormati dan disegani, mereka yang telah melalui fasa 'struggle' dalam hidup di mana kita sendiri sebagai Generasi Y takkan pernah dapat bayangkan keadaan dan kepayahan fasa tersebut. and yet masih ada di antara mereka yang masih berjuang demi ummah tanpa peduli kudrat yang semakin kurang kekuatan dari segi fizikal.

Rasanya ada berlaku percantuman dendrites dan axon terminal di celah otakku. tu pasal nak keluar semua pendapat tahap budak sekolah ni.

Sebenarnya, aku dah lama fikir kenapa golongan professional ni selalu sebut benda gitu kat kitorang yang dalam proses pembelajaran ni. Logik yang dapat diinterpret melalui perkataan "korang tak pernah merasa susah" mungkin sebab nak kita flashback balik camne keadaan mereka masa zaman takde smartfon, takde internet, kurang kenderaan untuk bergerak sana sini, dan banyak lagi. Baguslah, benda tu meningkatkan rasa bersyukur kat bebudak macam kita. Tapi disebabkan aku ni jenis yang suka tertanya tanya, overthinking la katakan *luls* aku selalu tak puas hati. Apa objektif yang nak disampaikan ye? Bukanlah nak menidakkan atau menafikan atau menyalahkan mereka yang telah banyak bersusah payah & berjasa kat negara, tapi.... aku nak tahu jugak pangkal akarnya kenapa.

Alhamdulillah. Tiba tiba 'tinggg!' sesuatu menyelinap masuk ke ruang fikiran.

Kadang, (pendapat aku) mereka menyebut sesuatu seperti tu untuk kita merasa apa yang mereka rasa. Supaya kita hargai kesusahan yang mereka dah lalui. Supaya kita sekali pun kena struggle seperti yang mereka telah struggle.

Ni pendapat yang paling mentah la kiranya.

Tapi bagi aku.....

Setiap orang rezekinya berbeza.

Ada yang :
1) struggle lebih tapi hasilnya tak seberapa.
2) relek je tapi hasilnya berganda ganda.

Aha korang yang mana satu? Aku selalu terkena yang first tu. Erk. Memula bila sedar benda ni, sejak dapat result SPM and so on, aku terasa macam, banyak gila benda yang tak tercapai targetnya. Semuanya kelam kabut. Zaman kegemilangan waktu kat sekolah dulu dah OVER. Sape terasa mungkin korang makan cili sama dengan aku, padan muka *ok gurau.

Tapi bila dah macam gitu, kita takleh sewenang wenangnya terasa hidup takde harapan. Selagi kita ada Allah, kita sentiasa ada harapan. Frankly, aku terasa hidup aku banyak sangat bengkang bengkok nak banding dengan adik beradik lain yang macam 'flow swiftly' je. Aku banyak struggle (tersedar benda ni sebab banyak kali siblings kata aku skema)  tapi tetap tak sehebat mereka. Aku.....slow.

Tak boleh nak salahkan sesiapa bila personaliti kita dah berbeza. Nak buat apa kan. Tapi kita tetap kena USAHA. Semua ni ujian Allah, nak tengok kita ni kuat mana bila diberi musibah dan nikmat. Dan sebenarnya kita boleh perbaiki diri bila cuba untuk tambah ilmu sedalam dalamnya. Berdasarkan pengalaman sendiri la. Sebenarnya keyakinan tu, konfiden tu, boleh bina dalam diri bila ilmu semakin banyak. Bukan ilmu yang korang hafal pastu jawab exam pastu lupa, tapi ilmu yang betul2 korang nak ambik tahu dengan penuh minat.

Pernah tak alami situasi dimana korang rasa "Eish budakbudak jaman sekarang ni kekecik dah pandai download movie sendiri, kekecik dah pandai tanya mana wifi". Kat situ kita dah terbayang "eh kita kecik dulu mana ada pegang ipad pun, main digimon, pokemon battle card adalah.." Rasa cam, untungnya bebudak zaman sekarang. On the same time, golongan veteran pula kebanyakannya jeles kat kite2 yang sekarang ni dah senang nak buat esaimen sebab google search je. Senang nak sembang pasal projek sebab ada whatsapp.

Tapi pernahkah fikir, kalau zaman dulu2, senang nak dapat biasiswa kalau dah score (yeke?), zaman sekarang dapat stret A spm pun belum jamin boleh pegi oversea. Dan zaman ni harga semua nak naik, ada loan study, loan kereta, rumah sebijik mahal bakhiang, income tax tang mano, so hutang bila tah nak langsai. Nauzubillah.

Aku tak pernah lagi merasa alam pekerjaan, aku tak tahu zaman dahulukala camne. Tapi aku boleh nampak aku kat mana. Sikit sikit.

Apa nak buat? Itula namanya REZEKI. Nak taknak, kena terima.
Rezeki tiap orang berbeza.
Orang tahu rezeki tu apa, tapi kebanyakan mereka tak telusuri betul betul apa tu rezeki.
Definisi rezeki tu, lebih mudah nak hadam bila baca buku ni, seriesly.


Kenapa Rasulullah s.a.w. kata perniagaan tu 9/10 rezeki? Dalam minda kita mesti terfikir "ohh nak kaya kena berniaga.." mesej dia memang begitu, tapi sebenarnya ada lagi 1001 mesej tersirat yang kalau kita rajin cari ilmu dan kalau kita rajin fikir je, kita dapat tahu.

Kesimpulannya?

Ni pendapat aku. nak sebut "korang tak penah merasa susah", tak salah. Tapi kurang releven bila nak dikaitkan dengan konsep rezeki. Tiap orang rezekinya berbeza, usahanya berbeza, zamannya berbeza. Bagi aku, berikan kata-kata positif lagi menggalakkan & bagi kesan supaya seseorang tu lagi ke arah kebaikan & kejayaan. Kalau someone yg kurang rajin tu dah dinasihat tapi masih degil begedil jugak, apa nak buat kan, at least kita usaha utk tolong dia, kita ambil berat kat dia.

Lastly, aku ingatkan, ni hanya pendapat mentah. Takde hati nak memburukkan atau meremehkan memana pihak, hanya beri pandangan dari perspektif seorang pelajar senibina *luls nak jugk. Terpulang la nak komen apa, anda berhak, supaya aku boleh baiki cara penulisan. Sekian...dah masuk 4 Ogos 2014, SELAMAT HARI LAHIR MAMA! Hehe okbai.

No comments: