Sunday, July 6, 2014

Setiap orang yang dugaannya berbeza.

Tak usah mendabik dada merasakan segala yang kau buat tu berturutan syariat. kerana setiap manusia atas muka bumi ni punya ujian yang berbeza. #PeringatanKepadaDiri

Right now, aku tengah memandang laptop sambil menaip. Sambil tu terdengar suara kuat dari bilik berdekatan, bersembang pasal buah hati masing masing. dan bayangkan tengah azan. Nak tegur, tapi mereka lebih berusia dari aku, apakan daya, terasa kekok disitu lagi2 tak berapa nak kenal pun asal usul mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, apa korang buat andai kata KORANG berada di tempat aku. adakah berani untuk bertindak?
mungkin ada orang yang bila mendengar pasal "hey hensem lah boifren aku, dia kata dia nak aku jer blablaa.." mereka akan terus mendengus terasa menyampah. Dan ada juga yang berhati baik, mereka mendoakan agar dipercepatkan hidayah kepada pemborak rancak tersebut.

Bila dengar je perbualan camtu, sebenarnya teringat zaman jahiliyah dulu. zaman nak bersuka suki dengan laki yang tak sepatutnya dan tak seberhaknya menerima perasaan hati seorang gadis atas ikatan yang tak sah. sejujurnya rasa nak campak sejauh jauhnya perasaan tu kerana sungguhlah terasa nak termuntah.

Dan tak bermakna aku tak suka mereka. mereka baik, tapi ujian mereka berbeza.

Bila terjadi je situasi sebegini, aku terfikir. kita tak boleh nak beria-ia menyalahkan seseorang dan melabel "dia tu tak baguslah". kita tak penah jadi diri dia, kenapa nak sebuk?

Sebaliknya cuba faham dan dalami diri dia dulu.

Tapi satu je masalah aku. Aku berani tegur, tapi tak reti cara bagaimana. Bila dibiar begitu, perasaan bersalah mengelilingi diri dan terbayang di akhirat nanti kalau mereka salahkan aku kerana tak menyampaikan dakwah seeloknya.

Bukanlah bermakna aku ni dah cukup baik, tapi Allah dah kurniakan satu rezeki yakni REZEKI KESEDARAN dan ape je aku dah buat dengan rezeki tu????

Ada orang yang ujiannya ialah kena berdakwah kepada sahabat handai, ada yang kena berdakwah kepada ibu bapa, ada yang kena berdakwah kepada orang yang bukan muslim dan ada yang kena berdakwah kepada orang yang tak tahu langsung tentang Islam. sedarlah, kalau kita kat zon selesa sekalipun jangan terasa selesa sangat sebab akan dipersoal kelak "KENAPA KAU TAK BERDAKWAH KEPADA SI FULAN BINTI SI FULAN?" sesak dada.

1 comment:

zakiah_zack said...

salam jannahsan... :)