Friday, June 27, 2014

Tipula kalau aku takmahu jadi seperti itu.

Dikurniakan hidup yang serba ada, dalam keluarga yang agak sempurna. tiada kekurangan. hidup yang simple, diuji mungkin dari segi perasaan saja, kena tahan dengan beberapa karenah insan dalam rumah tangga dan sanak saudara. mempunyai kelebihan dalam berbicara perihal tentang agama, sentiasa disegani kerana kekayaan dari segi ilmu memberi nasihat dan motivasi serta kaya dengan budi.

Personaliti seperti itu, adalah yang sudah lama ku idamkan selama ni. tapi...? bagai langit dengan bumi. bagaimana harus kukecapi? haha. hmm susah nak jadi orang sebaik tu. susah. sebab aku pernah sebilik dengan seorang insan yang sangat sempurna sifatnya. mungkin ada sedikit kekurangan, biasalah manusia tak lepas. tapi, dia ni baik sangat sangat. satu dalam sejuta la katakan. semua yang baik-baik ada padanya. terima kasih Ya Allah at least Kau tunjukkan aku sesuatu yang amat berharga & tiada tandingannya supaya dapat kucontohi. sebab Kau sendiri tahu kondisi hati aku yang mudah naik dan turun. Maha Pengasihnya Engkau......Subhanallah.

ok habis drama. back to the topic.

Macam dalam tajuk, macam tu la aku rasa selama ni. takdelah selalu fikir, kekadang je terdetik. kebetulan bila harini terdetik, nak luah terus. aicewah. 

Aku dah lama impikan hidup camtu. hidup yang normal, pastu senang dapat sebarkan kebaikan. macam,, orang dah biasa dengan kebaikan yang kau ada, pastu senang je dia nak terima apa2 yang kau nasihat. camne ha nak describe..paham2 sendirilah. erk.

Aku jentik kepala sendiri. "JANGAN NAK BERMIMPILAH !" 

tapi aku sama skali tak salahkan takdir. memang jalan hidupku berbeza....dan mungkin unik? ha ha okey silakan gelak.

Anything happen, be grateful. walaupun kita ni takdelah sesempurna yang kita mahukan, tak la cantik anggun, menyerlah, sopan, penuh aura, and watsoever yang bagus2 tu... yang penting tak lari dari landasan agama. dan berdoalah selalu supaya tak tersasar dari mengingati mati. tu dah cukup.

Sekarang ni...bila dilihat balik dari sudut kacamata sendiri. aku rasa banyak benda yang tahpape berlaku dalam hidup. banyak liku untuk aku dapatkan sesuatu. tapi aku tak kisahpun kalau tak dapat apa yang aku nak...satu je aku takut...bila ada satu masa tu aku terasa jauh dari Dia... serius rasa serabut gila hidup. serba tak kena.

kita ni, manusia, memang cenderung sangat kan impikan bende yang takde. benda yang dah ada tu takmo pulak hargai? hmmm ni memang kekadang aku lupa la.. pastu bila dah sedar tu nyesal sendiri sebab tak reti nak bersyukur. teringat balik sedara mara kat tanah arab yang tengah dilanda berganda dogaan berbanding aku yang setitis je ! *tampar pipi lelaju*

Kesimpulannya,

- jangan cuba jadi macam orang lain. be urself, the good self of you. TRY !
- bersyukur dengan apa yang ada. jangan ngengade nak bende lain yang takkan penah jadi milik kau.
- improve diri sendiri. dah jatuh tu teruskan naik balik >______<

anyway, aku sentiasa impikan seperti petikan di atas tu. *lol skema* . 
orang yang terbaca ni. tak kisah la apa pandangan korang.. kalau sudi doakan.. terima kasih. :')

No comments: