Tuesday, February 7, 2012

Jangan adili buku dari kulitnya !

baru berapa jam tadi post, dah post yang baru! hoho. baru terlintas kat satu link ni, TERbaca dan kita semua PATUT baca.

Penah dengar kan Husnuzon ? kalau tak penah, ni adalah 'bersangka baik' . suudzon pula bersangka buruk.

Zaman sekarang ni kita cepat beno ter'suudzon' kalau ternampak something yang ada kaitan dengan seseorang. mengapakah ? sebab hati terlalu sereng ke arah CEMBURUBUTA atau sifat takbur, riak, watsoever. penyembuhnya ? sudah tentulah istighfar dan mengingati kekuasaan Allah s.w.t.

Aku selalu gak ter'suudzon' kat orang lain. alaa....perkara biasa.(nauzubillah) TAPI, seharusnya aku usaha supaya dapat cegah daripada bersangka buruk ni.... go away, go away!!! (okey cukup)

text seterusnya aku copy dari tempat lain. moga kita dapat manfaatkan walau sedikit. :)


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:
♫ Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
♫ Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
♫ Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
♫ Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
♫ Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
♫ Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 


Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” 
(HR Bukhari dan Muslim).

coretcoret, habis. wow, 2 post 1 hari. mantap! (ehhh) sekian.

2 comments:

Faiq Aiman said...

mmg susah tp boleh cuba..
btw nice entri n thanks sharing :)

n.jannah said...

welcome c: