Thursday, February 9, 2012

Bila masa cemburu...

Kenapa sekarang kita suka sangat cemburu kat orang lain ? padahal kita dah ada segala yang kita perlukan yakni mata untuk melihat, telinga untuk dengar, mulut untuk bercakap. kalau kita kuat cemburu, tandanya tidak bersyukur atas nikmat yang Allah telah berikan. tengok orang lain lebih sikit, dah merengek. nauzubillah. jauhilah sebab sesungguhnya cemburu itu kanser kepada hati mati. (ehh betul ke...)

Kadang cemburu boleh bawa ke arah (+) kalau kita pandai kawal. ya, semua benda yang kita buat kena penuh dengan wasatiyyah (average amount) so that semua yang kita buat berada dalam keseimbangan, insyaAllah.

Buat masa sekarang ni kita tengah cuti panjang kan. so tak kesa la kalau masa ni kita banyak cemburu kat orang lain. ada yang jeles sebab kawan pegi PLKN , kawan kerja pastu dapat duit gaji (memang aku cemburu), kawan pegi melancong luar negara, nampak kawan2 lain buat reunion kat luar secara kecik2, dll..!! banyaknyelah kau nak cemburu. haha.




Persoalan : buat ape nak cemburu ??

Kita kena tau di sebalik kelebihan yang orang lain ada, kita pun ada kelebihan tapi tak sama ngan depa. mungkin masa tu kita dapat tau kawankawan semua dah amik kerja sambilan, pada masa yang sama kita ada banyak masa lapang kat rumah. jadi, fikirlah.....apa yang kita dapat buat kat rumah? sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya macam ni :

belajar memasak
tolong mak/ayah dengan kerja derang
cari minat baru (bikin garden depan rumah/buat video yang tahpape tapi bemanfaat/crocheting)
tambah ilmu dalam otak (agama, astronomi, mistik pon bole -.-)
tingkatkan ibadah
cari identiti diri (???)
dan lainlain.....

so, BUNUH cemburu anda sebelum ia MEMBUNUH anda. kita tak tahu apa ganjaran yang Allah bakal anugerah di akhirat kelak atas setiap yang kita buat. tak kisah la kalau kita rasa tolong mak kat rumah tu perkara kecik, mana tau bagi Allah tu perkara yang besar lagi mulia ?

sedarlah dari mimpimimpimu. (apeakucakapni.)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian:
 εїз Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.
 εїз Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
 εїз Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.
 εїз Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan “alhamdulillah” di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
 εїз Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.


ketahuilah kita semua.....
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”


Kekasih Agung lebih mencemburui. pernahkah kita balas cintaNya ? ..........

coretcoret habis. selamat fikir. sekian.

No comments: