Tuesday, January 24, 2012
takabBOOr
Paham tak ape maksudnya takbur ? senang je nak paham, gini jelah...
" I'm better than you! " Jane said.
okey. ayat tu dah boleh menunjukkan bahawa seseorang tu takabbur. erh, senang2 sebut jelah TAKBUR. selesai .
soalan :
-pernah tak korang rase korang lagi cantik dari orang lain?
-pernah tak korang pandang pathetic kat budak seusia korang yang takleh jawab 2 + 2 = ?
-penah tak korang anggap orang laen tak bertuah sebab tak seKAYA korang ?
-penah tak korang rase megah pakai baju raye bling2 mase majlis raya kat sekola ?
-penah tak........pheww...letih la nak soal.....
kalau korang kata 'yes' kat salah satu soklan ni, so benar la. (paham2 je)
MOST human on earth surface ni (english education lah pule) pernah ada, sedang ada, akan ada n sentiasa ada sifat terkutok ni. aku pun tak boleh nafikan yang aku tak penah ade. SEBABnya, kita mudah berbangga dengan kelebihan yang kita ada banding orang laen. kita rase diri kita lebih hebad, mulia, tinggi daripada orang laen sedangkan yang berhak bersifat takbur ini hanya ALLAH sahaja. masyaAllah.
korang tau tak takbur ni ialah IBU segala sikap-sikap burok yang ada dalam dunia ni? sebab takbur tu boleh melahirkan sifat merendah2kan orang laen, bangga diri, hasad dengki, and so on. kadang-kadang kalau ada orang pandang kita sebagai 'goodgirl', 'polite man', solehah or 'soleh', kita sebenarnya tak lepas dari takbur, sebab benda tu boleh wujud mase kita rasa ILMU AGAMA atau AMAL kita lebih dari orang lain. nauzubillah... mohon Allah jauhkanlah agar amal yang dilakukan tidak sia-sia gitu je. tu la nape takbur ni SANGAT BAHAYA sebab bukan je orang yang terserong dari ajaran agama yang jadi ownernya, bahkan orang yang rajin beribadah jua pernah takbur.
jadi, apa-apa je yang ibadah yang kita nak buat, biar la niatnya untuk mendapatkan redha Allah. kita mesti cuba supaya sentiasa bersifat rendah diri, rendah diri, dan rendah diri.....tapi janganlah terlampau pulak.! biarlah bersederhana. ingatlah yang mencipta segala-gala di alam semesta ni ialah Allah Azza wa Jalla (Yang Maha Besar dan Maha Mulia)
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadits:”Barangsiapa yang merendahkan diri, maka Allah akan mengangkat derajatnya. Dan barangsiapa yang sombong, maka Allah akan merendahkanya.”
tu je la , taknak panjang sangat. renung2kanlah n selamat beramal sahabat2 ku :)
| so? |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ade salah?:
Post a Comment