Monday, January 30, 2012

Pujian yang membina OR memusnah ?

Baru-baru ni aku dapat feedbackfeedback positif dari orangorang kat internet. alhamdulillah, aku bersyukur sebab derang suka dengan apa yang aku usahakan. aku tulis blog ni bukan kepingin pujian or peminat, aku hanya menjalankan tugas sebagai seorang muslimah yang masih hidup atas mukabumi ni. kadangkadang aku takut jugak kalau TERtakbur , sebab yang layak takbur cuma Allah Azza Wa Jalla saja.

Rasulullah bersabda : "Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur"
(HR. Muslim)


Besides, aku dapat idea untuk postblog, yakni PUJI . is it necessary for us to praise someone? ikut keadaan n kadar la. kena pada masa yang sesuai n kadar yang tak keterlaluan. mari kita renung ayat berharga dari Rasulullah s.a.w., nabi kita yang tercinta ,

“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong leher lelaki tersebut"
( Riwayat Bukhari)

ni contoh pujian.....

Pemuji : jane, blog kau cantik lah! postnya best pulak tu!
Jane     : tima kaseh :)

masa baca komen ni, kompem la si Jane tu akan rasa hepi. tapi, apa kata hati dia? kalau betul dia takbur , hati dia akan berkata :

ohoho~aku tau aku ni memang pandai berbloggey..memang patot pon dapat pujian. oh, pasni nak tulis banyakbanyak lagi la supaya dapat 'like' dari orang. wehee!

sebaliknya, kalau dia pandai control hatinya :

alhamdulillah. aku bersyukur sebab dapat komen baikbaik dari orang len. tapi, aku tak layak dipuji, sebab semua ni adalah nikmat dan pertolongan dari Allah swt. semoga lepas ni dapat 'like' dari Allah..

stairway to heaven la
kate kan..

Beza tak ? sangat berbeza.  jadi, kalau orang puji kita tak kira la sebab baju cantik ke, dapat 10A+ SPM ke (amiin) , sebab tengok kebaikan yang kita buat ke,, semua tu adalah daripada Allah jua. jadi, kita tak berhak untuk berbangga tapi berhak untuk bersyukur.

bagi orang yang memuji pula, PASTIKAN pujian anda tu adalah untuk kebaikan orang yang dipuji yakni nak bagi dia semangat teruskan usaha, BUKANNYA sajasaja nak kembangkan hidung dia! (nauzubillah) take note, pujian tu boleh memusnahkan seseorang kalau dia mudah bangga diri . 

kat sini, aku bukanlah nak larang korang puji atau terima pujian, cuma, memuji orang atau bila kena puji orang tu biarlah ingat yang semua tu dari ALLAH. 

kalau korang yang kena puji n takut kalau TERtakbur, amalkan doa ni,

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. (Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah)

aamiin.

credits to keretamayat atas post yang jadi panduan cket bagi saya. kalau korang nak baca, 
klik di sini ---> keretamayat.blogspot.com

coretcoret, habis. sekian..



2 ade salah?:

Faiq Aiman said...

nice post sis!
semoga niat kita tak terpesong :)

n.jannah said...

thanx.insyaAllah. jihad kna dgn niat yg betul :)