Friday, January 13, 2012

'insyaAllah' disalahguna!

Kenapa orang suka sangat cakap insyaAllah? (ceh tanya2 ni mcm salah pulak....)

hakikatnya, zaman sekarang kalimah suci InsyaAllah tu selalu diguna untuk menunjukkan yang orang tu tak sure jadi ke tak apa benda yang dia cakap kat orang laen. tu salah ! lagi terok, orang guna InsyaAllah untuk mempersenda ajaran Islam, tak kisah la dia sedar atau tak. aku rase nak terajang je Black Eyed Peas yang guna kalimah tu dalam lagu 'someday' depa, dah la lagu tu burok liriknya... nauzubillah!

ma'asala sini, kalimah tu dah terbiasa diguna sebagai tanda TAK SURE. contohnya,

Jannah, kita pegi jalan sabtu nanti together-gether ye...tapi InsyaAllah la..sebab manetaw mase tu ade hal kerja.
hah! nampak tu. kan dah menyalahguna. dosa tak dosa aku taktau la. tapi surely, benda tu adalah salah.
dalam alQuran pon ade tulis penggunaan sebenar kalimah tu, yakni untuk tunjukkan yang kita janji betul2 nak buad something, dengan izin Allah. dat's why la, apa2 yang kita buat, n kalau kita pasti untuk melakukannya, WAJIB sebut InsyaAllah. kalau tak, kiranya kita ni overconfident la orangnya. woot.!

bytheway, kalau kat nonmuslim pulak, kalau taknak derang blur dengar kita sebut InsyaAllah, kita kene sebut SELEPAS cakap ngan derang..dalam bisikan pun takpe, asal ada insyaAllah.

konklusinya,

jangan salah guna kalimah InsyaAllah. tolong lah. (ahaha dah mcm merayu lakk)
yelah. memang betol pon. hari tu aku hilang keje mungkin sebab kalimah tu . InsyaAllah. aku yang betol2 yakin cakap kat boss tu pasal nak keje kat situ, bila dia dengar je aku sebut InsyaAllah, dianggapnya aku tak confirm nak keje kat situ. buktinya, bila aku datang keesokannya ke tempat keje, orang laen dah amik alih. KECEWA teramat. ingat nak jelaskan nape aku sebut InsyaAllah, tapi aku rase biar la. bukan rezeki kat situ lah kot. huhu. wateve lah. maleh nak tikam2 lidah. tawakal jeh, asal aku dah usaha.

dats all for now, thanx 4 reading :)

selamat beramal...!





No comments: