Wednesday, December 28, 2011

kisah cinta nabi yusuf a.s. dengan zulaikha (part 1)

ceritera ni berdasarkan apa yang aku bce dari buku ''Kisah Cinta Dalam Al-Quran" hasil karya Ust.Nik Aziz Nik Mat. korang taw kan macam mane Zulaikha ni pernah buat satu kesalahan besar terhadap Nabi Yusuf a.s.,  tapi taw x pengakhiran yang sebenar-benarnya ? jikalau tak keberatan apa salahnya membaca sinopsis ini. ok! 

bismillahirrahmanirrahim.

Alkesah, seorang putera yang membesar, di sisi ayahnya , Nabi Yaakub a.s. bersama beberapa orang saudara-saudara lelakinya. alamak. ayat macam ape tah tu,x reti guna. ok la, gna ayat bese je. hee.

nabi yaakub , dia dapat nampak tanda2 kenabian yang ada pada yusuf. jadi, ape2 hal dia mesti lebihkan yusuf daripada anak2nye yang lain. so, anak2 nabi yaakub yang laen ni jeles. derang pon mula la memikirkan satu rancangan untuk lenyapkan yusuf dari ayah mereka, jadi derang bole la rebut kasih ayah derang! alangkah jelesnya derang ni sampai ke tahap tu skali...nauzubillah.

suatu hari, saudara2 nabi yusuf ni(adekberadeknye) datang bagitaw kat ayah depa, nak bawak nabi yusuf pergi bersiar-siar. lantas nabi yaakub merasakan yang derang ni mesti ade helahnye, tapi ape nak buat, bagi jela. ikut perancangan, derang ni nak bunuh nabi yusuf, tapi atas hidayah Allah s.w.t. kepada salah seorang daripada derang ni, so saudara yang sorang tu mencadangkan nabi yusuf ditinggalkan di dalam sumur lama.

pastu camne tah tu, nabi yusuf ni dijumpai oleh seorang pemuda ke x silap. lepas dijumpai tu dia ni jadi la seorang hamba yang kemudiannya dijual kepada menteri mesir mase tu untuk bekerja di istana. di situ la bermulanya cinta yang lahir oleh isteri menteri mesir ni, yang bernama Zulaikha, kepada nabi yusuf a.s. yang merupakan seorang pemuda yang tampan, segak dan menawan . utts~~ ^.^

semakin lame, zulaikha ni tak tahan dah tengok nabi yusuf ni. maken besar maken hensem la kn katekan. so dia pun ajak la nabi yusuf ke biliknya, bila nabi yusuf masok, dia teros kunci dan ajak nabi yusuf berasmara dengannya. walaupun zulaikha ni cantik, rupawan dan digilai lelaki sezamannya., nabi yusuf ni tolak jugak permintaan isteri menteri mesir tu. zulaikha tarik baju nabi yusuf sampai koyak kat belakang. nabi yusuf ni bila tengah bergelut ngan pempuan tu, dia cuba sedaya upaya nk bukak pintu bilik tu. malangnya mse tu jugak la menteri mesir dapat saksikan sendiri perbuatan yang amat memalukan ni bila dia sempat bukak pintu bilik isterinya......

menteri mesir dapat tau yang isteri dia bersalah sebab koyakan baju ada di belakang nabi yusuf a.s. membuktikan zulaikha yang beria-ia nak berzina ngan nabi yusuf. jadi, menteri ni rase amat malu then dia suro orang lain dalam istana dok diam, jgn bagitau rakyat pasal bende ni. tapi kompem la, bende tu gosip so senang la tersebar satu kota pasal perlakuan zulaikha tu.

nak cover line, zulaikha ni pun ajak la pempuan2 kat kota dalam majlis makan2. masing2 pempuan ni ade pegang pisau sebab nak potong buah yg nak dimakan. then zulaikha suro nabi yusuf menunjukkan dirinya di hadapan wanita2 tu. maka ramai yang terpesona melihat wajah tampan nabi yusuf sampaikan derang semua terpotong jari masing2 tanpa disedari. jadi, zulaikha pun dah settle, dia cakap gini la kirenye 
"kalau kamu yg fes tym nampak laki ni sampai terpotong jari sendiri apatah lagi aku yang dah lama menderita menahan cintaku kepadanya kerana aku telah memerhatikannya setiap waktu semasa dia berada di rumahku..." jadi pempuan2 yang suka buad gosip ni paham la yang zulaikha ni x bukannya perempuan yang murah sampai nk offer diri dia kat seorang hamba yg kje kat umah dia ni..

walaubagaimanapun, nabi yusuf a.s. yang x bersalah ni sanggup memohon dirinya agar dijatuhkan hukuman dalam penjara sebab dia nak jauhkan diri buat smentara dengan penduduk2 kota. jadi dia pun masuk jail.... kat sini la orang dapat taw yang nabi yusuf a.s. bisa tafsir mimpi orang.....

jadi, ape berlaku seterosnya? panjang lagi kot citenye. so to be continued.... ade salah tolg betolkan ok! wallahualam. c:




1 comment:

♥ myza aeyna ♥ said...

Teringin nak taw cerita yang sebenar dari mula. BTW , nice blog and entries akak :)